arena

Blues mahu akhiri badi Old Trafford

Oleh Agensi

London: Kepa Arrizabalaga boleh melupakan aksi menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana tetapi Petr Cech tidak akan diturunkan ketika Blues mahu menamatkan kemarau kemenangan sekian lama di Old Trafford.

Penjaga gol Sepanyol, Kepa mengulangi kesilapan ketika seri 3-3 menentang Southampton minggu lalu selepas menggantikan Edouard Mendy yang mengalami kecederaan paha.

Mendy kembali beraksi ketika seri 0-0 dengan Sevilla dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu dengan Kepa tidak akan turut serta berkunjung ke utara menentang United malam esok akibat kecederaan bahu.

Chelsea membuat kejutan dengan menyenaraikan legenda, Cech yang bersara tahun lalu tetapi penjaga gol berusia 38 tahun itu tidak akan diturunkan menentang skuad Ole Gunnar Solskjaer.

Lampard tewas dua aksi pertama liga menentang United musim lalu dan mungkin menjadi pengurus pertama Chelsea mengalami tiga kekalahan berturut-turut jika tewas lagi.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 10:39pm
d