arena

Seorang lagi pemain PSG positif Covid-19

Oleh AFP

Paris: Seorang pemain Paris St Germain (PSG) yang tidak didedahkan nama diuji positif Covid-19 dan akan terlepas aksi Ligue 1 berdepan Dijon awal pagi esok.

PSG dihimpit masalah pemain dijangkiti virus berkenaan sejak awal musim ini, apabila Neymar, Kylian Mbappe, Angel Di Maria dan Leandro Paredes kesemuanya diperintah melakukan kuarantin.

Mereka terpaksa melakukan kuarantin sebaik pulang daripada Ibiza, selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan kelab berkenaan kalah kepada Bayern Munich.

Pemain terbaru yang dijangkiti ini juga berkemungkinan terlepas aksi Liga Juara-Juara Rabu ini menentang Istanbul Basaksehir.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu kalah pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan di laman sendiri kepada Manchester United awal minggu ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 24, 2020 @ 8:06pm
    d