Badminton

Tzu Ying bergelut sebelum mara ke final

Oleh AFP

Bangkok: Pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying terpaksa berhempas-pulas di set kedua untuk mencatat kemenangan 21-8, 23-21 mengalahkan wakil Denmark, Mia Blichfeldt seterusnya mara ke perlawanan akhir Yonex Terbuka Thailand.

Bintang Taiwan itu bermula dengan garang namun corak pertahanan Blichfeldt mendatangkan masalah buatnya.

"Pada set kedua, kelajuan bulu tangkis sangat berbeza terutama di hujung saingan dan perlu menyesuaikan dengan keadaan itu," kata Tzu Ying.

Dia mengakui perlu memberikan persembahan cemerlang menjelang aksi akhir esok apabila berdepan Carolina Marin dari Sepanyol yang juga bekas pemain nombor satu dunia.

Marin sebelum itu berjaya mengetepikan pemain remaja Korea Selatan, An Se Young, 21-16, 21-16.

Disiarkan pada: January 16, 2021 @ 11:36pm
d