Badminton

Malaysia, Indonesia berentap di suku akhir

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Episod pertemuan Piala Sudirman berulang pada saingan Piala Thomas kali ini apabila skuad negara diundi bertemu Indonesia di pentas suku akhir, malam esok.

Malaysia mengesahkan tempat ke saingan lapan terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan D manakala Indonesia menjuarai Kumpulan A.

Skuad negara akan turun beraksi pada jam 7.30 malam waktu Malaysia manakala satu lagi pertemuan suku akhir membabitkan Denmark menentang India.

Pada saingan sesi pagi Korea diundi menentang Jepun manakala juara bertahan China akan turun bertemu Thailand.

Disiarkan pada: October 14, 2021 @ 10:24pm
d