Badminton

June Wei mara ke pusingan kedua di India

Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Cheam June Wei berjaya mara ke pusingan kedua saingan Antarabangsa India selepas mengalahkan wakil Kanada, Xiaodong Sheng, sebentar tadi.

Bagaimanapun, June Wei terpaksa berhempas-pulas selama satu jam empat minit untuk mencatat kemenangan 19-21, 22-20, 21-17 di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das.

Menantinya di pusingan kedua ialah pemenang di antara Jaso Teh dari Singapura yang akan berdepan wakil tuan rumah, Kaushal Dharmamer yang turun dalam aksi pusingan pertama esok.

Turut mara ke pusingan kedua ialah beregu wanita negara yang juga pilihan kelima kejohanan, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien selepas tidak berdepan masalah mengalahkan rakan senegara, Go Pei Kee-Yap Ling 21-15, 21-12.

Pasangan profesional itu akan berdepan pemenang di antara Sri Sai Sravya Lakkamraju-Swetaparna Panda dan Palak Arora-Unnati Hooda di mana kedua-duanya dari India.

Bagaimanapun, hasrat untuk melihat beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila pasangan yang terkenal dengan gelaran 'Patatimo' itu tumpas kepada wakil tuan rumah, Ishaan Bhatnagar-K Sai Pratheek 18-21, 21-19, 17-21.

Disiarkan pada: January 18, 2022 @ 8:37pm
d