Badminton

Zii Jia bergelut sebelum mara

Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke suku akhir Terbuka Jerman selepas menumpaskan Christo Popov dari Perancis sebentar tadi.

Bagaimanapun, Zii Jia yang juga pilihan kelima kejohanan tidak diberikan lawan mudah apabila perlawanan berkenaan diheret sehingga ke rubber set.

Dia yang kali pertama beraksi selaku pemain profesional berjaya memenangi set pertama namun Popov yang berusia 20 tahun berjaya bangkit di set kedua.

Zii Jia akhirnya berjaya menyerap tekanan lawan yang juga naib juara Kejohanan Remaja Dunia 2019 apabila mencatat kemenangan 21-13, 18-21, 21-12 dalam aksi selama satu jam satu minit.

Menanti Zii Jia di suku akhir ialah pemenang di antara Zhou Jun Peng (China) dan Heo Kwanghee (Korea Selatan).

Disiarkan pada: March 10, 2022 @ 9:33pm
d