Badminton

Fikir soal kahwin selepas Olimpik Paris

Oleh BERNAMA

New Delhi: Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan memikirkan mengenai perancangan perkahwinan mereka hanya selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Baru-baru ini, Soon Huat, 32, melamar Shevon, 29, sebagai pasangan hidupnya ketika berada di Maldives.

Shevon ketika ditemui di Terbuka India, di New Delhi berkata, buat masa ini beregu campuran negara itu mahu memberi tumpuan untuk mengumpul mata kelayakan ke temasya di Paris itu.

"Kami mahu layak ke Sukan Olimpik dulu, kemudian baru merancang mengenainya (perkahwinan)," kata Shevon kepada Bernama.

Gandingan profesional negara yang menghuni ranking ketujuh dunia itu bagaimanapun tersingkir awal selepas tewas kepada wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-7 pada pusingan pertama.

Soon Huat-Shevon yang digandingkan sejak 2016, mendedahkan mengenai hubungan mereka pada 2021.

Disiarkan pada: January 19, 2023 @ 10:28pm
d