Badminton

Tze Yong atasi wakil Brazil

Oleh Zulkarnain Azman

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Nz Tze Yong menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Thailand Masters sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Nimibutr Arena, Tze Yong yang turun sebagai pilihan kelapan tidak berdepan masalah apabila menundukkan wakil Brazil, Ygor Coelho 21-19, 21-10 dalam tempoh 41 minit.

Menanti Tze Yong di pusingan kedua esok adalah pemenang dalam satu lagi aksi melibatkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee menentang Priyanshu Rajawat dari India.

Selain Tze Yong, turut mara pasangan beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong yang menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama- Moh Reza Pahlevi Isfahani 27-25, 21-16.

Turut mara, pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang menewaskan pasangan Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen 18-21, 21-19, 21-15.

Disiarkan pada: February 1, 2023 @ 5:00pm
d