Badminton

Zii Jia tempah slot separuh akhir

Oleh Zulkarnain Azman

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki professional negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England selepas menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pusingan suku akhir sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan bermula langkah kanan apabila tidak berdepan masalah menundukkan Kodai pada set pertama 21-9.

Bagaimanapun permainan serba tidak menjadi pada set kedua apabila wakil Malaysia itu tunduk mudah kepada lawannya 10-21 sekaligus memaksa perlawanan diheret ke rubber set.

Pada perlawanan penentuan Zii Jia kembali memperkemaskan corak permainannya untuk menang 21-13 dalam aksi keseluruhan memakan masa satu jam tujuh minit.

Menanti Zii Jia di separuh akhir esok adalah wakil China, Shi Yu Qi yang mara selepas menundukkan rakan senegara Weng Hong Yang dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Shi Yu Qi tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Hong Yang apabila menang straight set 21-9, 21-16 dalam tempoh 43 minit.

Disiarkan pada: March 17, 2023 @ 11:39pm
d