Badminton

Wei Chong, Kai Wun lakar kejutan

Oleh Zulkarnain Azman

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila menumbangkan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil itu, pasangan di ranking ke-26 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menidakkan cabaran gandingan kesembilan dunia menerusi kemenangan straight set 21-17, 22-20 dalam aksi yang memakan masa 45 minit.

"Set kedua itu ada sedikit gementar tetapi pasangan saya Wei Chong bagi sedikit keyakinan. Lepas itu saya cuma main seperti biasa sambil berharap lawan membuat silap.

"Untuk perlawanan esok, kami akan bincang dengan jurulatih berkenaan strategi yang akan digunakan," kata Kai Wun.

Menanti pasangan negara di perlawanan akhir esok adalah gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae yang berjaya menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Min Hyuk-Sung Jae bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menoktahkan kemenangan 21-18, 12-21, 21-16 dalam aksi yang memakan masa selama satu jam 13 minit.

Disiarkan pada: May 27, 2023 @ 10:56pm
d