Badminton

Kejohanan Badminton WiPers Media berlangsung meriah

Putrajaya: Seramai 48 peserta beraksi pada Kejohanan Badminton WiPers Bersama Media yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) di Putrajaya hari ini.

Pasukan Arka yang terdiri daripada Mohd Shamsul Kamar Ahmad (MSWP), Muhammad Amir Azhar (NSTP), Harlina Jamil (MSWP), Zaki Zainal (Astro Arena), Tengku Muhamad Idham Tengku Mansor (RTM) dan Muhammad Fadzrul Khairul Nurial Said (PPj) muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM900.

Pengarah MSWP, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebelum itu berpuas hati dengan penyertaan daripada pelbagai agensi media yang turut serta pada kejohanan itu.

Antara Agensi Media yang turut serta ialah Harian Metro, NSTP, Astro Arena, RTM, Utusan Malaysia, Kosmo, Media Prima dan Flash Sukan.

Disiarkan pada: January 27, 2024 @ 11:04pm
d