Bola Sepak

Kean, Mbappe bantu PSG teraju Ligue 1

Oleh AFP

Paris: Moise Kean dan Kylian Mbappe kedua-duanya meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain menewaskan Dijon 4-0 untuk melonjak kedudukan teratas Ligue 1, sementara perlawanan antara Lens dan Nantes ditangguhkan selepas 11 anggota pasukan tuan rumah diuji positif Covid-19.

Kean tampil dalam kesebelasan utama di Parc des Princes dan menjaringkan gol awal permainan, gol pertamanya sejak menyertai PSG secara pinjaman dari Everton.

Mbappe yang kemudian menggantikan pemain antarabangsa Itali pada babak kedua dan menambah dua jaringan lewat peribadinya ketika skuad kendalian Thomas Tuchel - tampil dengan aksi menakjubkan Neymar - bangkit dari kekalahan kepada Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu dan mencatat kemenangan keenam berturut-turut Ligue 1.

Keputusan itu membolehkan PSG berada di kedudukan teratas liga, satu mata mengatasi Lille, bagaimanapun pasukan utara Itali itu mampu merampas tempat pertama dengan menewaskan Nice awal pagi nanti.

"Perkara paling penting adalah kembali dengan rentak kemenangan di gelanggang sendiri," kata kapten PSG, Marquinhos.

"Kami tahu musim ini tidak akan diharungi dengan mudah. Kami juga akan berdepan banyak perlawanan, kami melakukan penggiliran dalam pasukan di sini tetapi kami tetap bersaing di atas padang."

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 9:11am
d