Bola Sepak

Tugas berat Villas-Boas

Oleh AFP

Marseille: Andre Villas-Boas menyayangi Marseille dan penyokong Perancis itu menyukainya selepas berjaya menamatkan penantian tujuh tahun ketiadaan mereka dalam aksi Liga Juara-Juara apabila mereka turun melayan kunjungan pasukan bimbingan Pep Guardiola, Manchester City minggu ini.

Satu dekad yang lalu "AVB" dan Pep adalah dua jurulatih yang paling diinginkan di Eropah, kedua-dua mereka berjaya menjulang trofi pada musim 2010/11, mereka ketika itu masing-masing membimbing Porto dan Barcelona.

Villas-Boas berkongsi beberapa tips yang sama dengan Guardiola. Kedua-duanya melebarkan sayap bersama-sama Jose Mourinho pada awal karier dan Bobby Robson menjadi mentor mereka apabila memberikan peluang kepada Villas-Boas di bahagian pencarian bakat di Porto dan kemudiannya menjadikan Pep sebahagian daripada pasukannya di Barcelona.

"AVB" baru berusia 33 tahun pada 2011 ketika Guardiola memimpin Barcelona ke Liga Juara-Juara, dia merangkul empat trofi bersama Porto termasuk Liga Europa.

Kariernya tidak mencapai tahap yang diinginkan selepas itu. Dia berhijrah ke Chelsea tapi tidak kekal lama dan ketika kelab London itu menewaskan Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum pasukan itu muncul juara di bawah pimpinan, Roberto di Matteo.

Namun sekarang ini harapan diletakkan dibahu Villas-Boas untuk menundukkan skuad Guardiola dan meranapkan harapan pasukan Eropah itu.

"Kami boleh memberikan saingan dalam kumpulan ini. Kami tidak akan kecewa selepas diundi dalam kumpulan ini," kata Villas-Boas.

"Saya juga meletakkan sasaran tinggi. Kami bermimpi untuk berada dalam pertandingan ini dan sekarang kami menyasarkan 16 terbaik.

Buat Marseille berada dalam dalam saingan Liga Juara-Juara adalah satu pencapaian terbesar.

Disiarkan pada: October 26, 2020 @ 12:20pm
d