Bola Sepak

Pirlo positif berdepan Barcelona

Oleh AFP

Milan: Andrea Pirlo kekal positif ketika melakukan persiapan pada perlawanan terbesarnya sejak mengambil alih sebagai jurulatih Juventus berdepan skuad Barcelona yang diketuai Lionel Messi pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Juara Itali itu dijadualkan beraksi tanpa Cristiano Ronaldo yang berdepan tempoh pengasingan Covid-19.

Pirlo yang mengambil alih pasukan selepas pemecatan serta merta Maurizio Sarri apabila Juventus tersingkir dari kelompok 16 terakhir kepada Lyon pada Ogos, sekali gus mengekalkan badi buat Juve dalam saingan itu.

Kelab Turin itu memenangi kejohanan berkenaan dua kali, dengan kali terakhir pada 1996. Mereka muncul naib juara tujuh kali termasuk dua daripadanya dalam tempoh lima tahun lalu.

Hakikatnya, aksi terakhir Pirlo, 41, bagi perlawanan bersama Juventus sebagai pemain ketika tewas 1-3 kepada Barcelona dalam final Liga Juara-Juara 2015.

Juventus menandatangani bintang Portugal, Ronaldo pada 2018 dengan sasaran menjulang trofi Eropah dan ketiadaan berdepan skuad Barcelona pasti berdepan tugas sukar.

Penyerang berusia 35 tahun itu perlu mendapat keputusan ujian negatif 24 jam sebelum dibenarkan beraksi di Turin. Sementara aksi timbal balik di Camp Nou pula pada 8 Disember depan.

"Kami merindui aksinya ketika ini, sudah tentu," kata rakan sepasukannya dari Colombia, Juan Cuadrado.

"Dia adalah juara. Dalam perlawanan sukar seperti ini, kekuatannya, pemikiran dan keinginannya sangat diperlukan."

Ronaldo menjaringkan tiga gol buat Juventus dalam dua perlawanan awal liga sebelum disahkan menerima kontak virus berkenaan ketika tugas antarabangsa.

Disiarkan pada: October 27, 2020 @ 12:18pm
d