Bola Sepak

Presiden Fifa positif Covid-19

Oleh AFP

Lausanne: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino disahkan positif Covid-19, umum badan induk bola sepak dunia itu.

Infantino, 50, didapati mempunyai gejala dan akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

"Semua mereka yang mempunyai kontak dengan Presiden Fifa sepanjang beberapa hari lalu sudah dimaklumkan mengenainya dan diminta untuk mengambil tindakan susulan," kata badan induk itu.

"Fifa mendoakan supaya Infantino segera sembuh."

Infantino kali terakhir dilihat tampil di tempat awam adalah pada Sidang Kemuncak Pematuhan Fifa yang berakhir pada 16 Oktober lalu dengan semua peserta hadir menerusi persidangan video.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 8:22am
    d