Bola Sepak

Ronaldo positif lagi

Oleh AFP

Turin, Itali: Cristiano Ronaldo diuji positif sekali lagi Covid-19 menjelang perlawanan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara berdepan pencabar utamanya, Lionel Messi bersama Barcelona, menurut laporan media di Itali dan Portugal.

TVI Portugal melaporkan Ronaldo "sekali lagi diuji positif Covid-19" selepas ujian calitan dijalankan Juventus.

Pemain berusia 35 tahun itu, kini menanti keputusan ujian UEFA dan jika positif menyebabkan dia akan diketepikan daripada saingan perlawanan Kumpulan G yang berlangsung di Turin itu.

Kali pertama Ronaldo diuji positif adalah pada dua minggu lalu ketika beraksi dengan Portugal dan menjalani kuarantin sejak kembali ke Itali.

Menurut TV1, pemenang lima kali Ballon d'Or itu sudah 18 kali diuji positif.

Ronaldo perlu kembali negatif 24 jam sebelum perlawanan bagi membolehkan dia bermain menurut peraturan UEFA.

Juventus hanya mengesahkan pemain itu sudah pulih dengan Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport melaporkan Ronaldo akan terlepas aksi menentang Barcelona.

"Ronaldo menjalani ujian seperti semua orang, kita akan mendapatkan hasil yang pasti," kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Ronaldo yang tidak mempunyai gejala, terlepas tiga perlawanan termasuk ketika skuad itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Dynamo Kiev dalam Liga Juara-Juara, minggu lalu.

Pertembungan Juve - Barca adalah yang pertama membabitkan Ronaldo dan Messi sejak penyerang Portugal meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus pada 2018.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 12:36pm
    d