Bola Sepak

Arsenal, Spurs congak strategi di Liga Europa

Oleh AFP

Paris: Seteru Inggeris, Arsenal dan Tottenham meletakkan sasaran untuk kembali mencatat kemenangan dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi Jumaat ini.

Selepas tewas 0-1 di laman sendiri kepada Leicester City hujung minggu lalu, skuad Gunners melayan kunjungan wakil Ireland, Dundalk dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan B susulan kejayaan di Austria dalam aksi pembukaan.

Dundalk hanya pasukan ketiga Ireland mara ke peringkat kumpulan, menyamai catatan mereka pada 2016/17 selain apa dilakukan Shamrock Rovers pada musim 2011/12.

Mereka tewas 1-2 di gelanggang sendiri kepada kelab Norway, Molde pada perlawanan pertama dan pengendali dari Itali mereka Filippo Giovagnoli sedar cabaran getir buat kelab dari County Louth di pesisiran pantai timur Ireland itu.

"Arsenal memiliki pemain yang lebih baik, jurulatih lebih baik dan semuanya lebih baik daripada kami, tapi inilah cabarannya.

"Kami perlu bermain lebih baik, lebih banyak berlari dan menjadi sedikit gila dan berani, tapi kami akan mencuba," kata Giovagnoli.

Permulaan baik Tottenham pada aksi awal Liga Perdana mencetuskan tanggapan bahawa mereka boleh menamatkan kemarau gelaran dengan tiada pasukan benar-benar menampilkan aksi baik pada pra musim.

"Kami tahu dengan pasukan yang kami ada dan pemain yang kami ada, kami boleh lakukan sesuatu yang istimewa," kata kapten Tottenham, Harry Kane yang kurang dua gol untuk mencecah 200 buat Spurs.

Skuad Jose Mourinho akan ke Belgium untuk berdepan Antwerp minggu ini selepas mengatasi wakil Austria, LASK Linz 3-0 pada perlawanan sulung Kumpulan J.

Jadual perlawanan UEL :

Kumpulan G

Zorya Luhansk (UKR) mln Braga (POR)

AEK Athens (GRE) mln Leicester (ENG)

Kumpulan H

AC Milan (ITA) mln Sparta Prague (CZE)

Lille (FRA) mln Celtic (SCO)

Kumpulan I

Sivasspor (TUR) mln Maccabi Tel-Aviv (ISR)

Qarabag (AZE) mln Villarreal (ESP)

Kumpulan J

Antwerp (BEL) mln Tottenham Hotspur (ENG)

LASK Linz (AUT) mln Ludogorets (BUL)

Kumpulan K

Feyenoord (NED) mln Wolfsberg (AUT)

CSKA Moscow (RUS) mln Dinamo Zagreb (CRO)

Kumpulan L

Red Star Belgrade (SRB) mln Slovan Liberec (CZE)

Gent (BEL) mln Hoffenheim (GER)

Kumpulan A

Roma (ITA) mln CSKA Sofia (BUL)

CFR Cluj (ROM) mln Young Boys (SUI)

Kumpulan B

Arsenal (ENG) mln Dundalk (IRL)

Molde (NOR) mln Rapid Vienna (AUT)

Kumpulan C

Slavia Prague (CZE) mln Bayer Leverkusen (GER)

Nice (FRA) mln Hapoel Beer-Sheva (ISR)

Kumpulan D

Benfica (POR) mln Standard Liege (BEL)

Rangers (SCO) mln Lech Poznan (POL)

Kumpulan E

Omonoia Nicosia (CYP) mln PSV Eindhoven (NED)

Granada (ESP) mln PAOK (GRE)

Kumpulan F

Real Sociedad (ESP) mln Napoli (ITA)

AZ Alkmaar (NED) mln Rijeka (CRO)

Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 2:09pm
d