Bola Sepak

Pemain pertahanan United positif Covid

Oleh Agensi

London: Pemain pertahanan kiri Manchester United dari Brazil, Alex Telles disahkan positif Covid-19.

Telles, yang menyertai United dari Porto dengan kontrak selama empat tahun awal bulan ini, tidak beraksi ketika United mencatat kemenangan 5-0 ke atas RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini.

Kelab Old Trafford menerusi Twitter memaklumkan: "Kami berharap dia cepat sembuh dan segera kembali bersama pasukan."

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu kini perlu menjalani pengasingan diri dalam tempoh 10 hari.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Telles salah seorang daripada pemain yang baharu ditandatangani musim ini.

Pemain Brazil itu mempamerkan aksi mengagumkan pada penampilan pertamanya bersama kelab itu ketika membantu kemenangan 2-1 ke atas Paris-St German dalam saingan Liga Juara-Juara namun diketepikan dari skuad itu ketika seri 0-0 berdepan Chelsea minggu lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 8:32pm
    d