Bola Sepak

"Jangan cabar Covid, kamu bukan Ibrahimovic" [VIDEO]

Oleh AFP

Rome: Bintang bola sepak, Zlatan Ibrahimovic sudah mengharunginya malah mengajak masyarakat patuhi penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka, selain memberitahu peminat supaya "tidak mencabar virus itu" dalam klip video yang dikeluarkan Lombardy.

Bekas penyerang Sweden, yang beraksi buat AC Milan, diuji positif Covid-19 beberapa minggu lalu tetapi dia kini sudah pulih dan kembali beraksi dalam Serie A di mana dia sebagai penjaring terbanyak.

"Virus itu mencabar saya dan saya mengalahkannya," katanya di Itali.

"Tetapi kamu bukan Zlatan Ibrahimovic. Jangan mencabar virus itu. Gunakan akal kamu, patuhi peraturan. Penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka sentiasa. Kita akan menang."

Klip video berkenaan dirakamkan di atas bumbung bangunan dengan berlatarkan Milan dan diakhiri dengan visual Ibrahimovic memakai pelitup muka.

Presiden Lombardy, Attilio Fontana berkata dia terfikir mengenai idea yang menampilkan Ibrahimovic itu pada malam pertembungan tetangga membabitkan dua kelab Milan apabila pemain berusia 39 tahun itu menjaringkan dua gol ketika menang 2-1 ke atas Inter.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 11:18pm
    d