Bola Sepak

Mueller menyamai rekod Kahn

Oleh AFP

Berlin: Juara Eropah Bayern Munich kini menduduki tangga teratas Bundesliga ketika Thomas Mueller menyamai rekod Oliver Kahn untuk kemenangan liga terbanyak selepas menang 2-1 di Cologne.

Mueller, 31, menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan pelawat di hadapan yang menyaksikan dia menyamai rekod penjaga gol legenda Khan dengan 260 kemenangan liga.

Robert Lewandowski yang meledakkan 10 gol dalam lima perlawanan liga sebelum ini direhatkan menjelang aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu di Salzburg dan pertembungan Bundesliga bertemu pasukan di kedudukan kedua liga, Dortmund.

"(Kami) tidak sabar untuk terus mendahului biarpun semangat itu sememangnya ada," kata Mueller.

Serge Gnabry yang meledakkan gol kedua Bayern mengakui: "Kami membenarkan lawan mendapatkan rentak dan itu bukan persembahan terbaik kami."

Tandukan Gnabry untuk gol kedua meletakkan mereka selesa mendahului Cologne selepas Mueller menyempurnakan sepakan penalti minit ke-13.

Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 10:44am
d