Bola Sepak

Gol Ibrahimovic julang AC Milan

Oleh AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol akrobatik pada lewat permainan ketika AC Milan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Udinese untuk menduduki tangga teratas Serie A.

Bintang veteran berusia 39 tahun itu sudah menjaringkan tujuh gol sepanjang empat perlawanan liga dan terlepas beraksi dua lagi perlawanan sebelum ini kerana positif Covid-19.

Skuad bimbingan Stefano Pioli kini menduduki tangga teratas dengan mengumpul 16 mata daripada enam perlawanan, empat mata mengatasi Atalanta.

"Gol saya menarik tetapi kemenangan pasukan lebih penting.

"Ia perlawanan yang sukar tetapi kami menunjukkan ketika waku sukar, pasukan dapat bekerjasama dengan baik.

"Kami antara pasukan di Eropah yang memiki ramai pemain muda. Mereka membuatkan saya rasa lebih muda," kata Ibrahimovic.

Disiarkan pada: November 1, 2020 @ 11:03pm
d