Bola Sepak

Ronaldo kembali perkuatkan Portugal

Oleh AFP

Lisbon: Cristiano Ronaldo disenaraikan dalam skuad Portugal untuk aksi persahabatan menentang Andorra dan saingan Liga Negara-Negara UEFA bertemu Perancis serta Croatia.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu diuji positif Covid-19 13 Oktober lalu ketika bersama skuad Portugal, sebelum terlepas aksi ketika pasukan berkenaan mengalahkan Sweden 3-0.

Selepas itu pemain berusia 35 itu mendapat keputusan negatif 19 hari kemudian dan kembali memperkuatkan Juventus ketika menentang Spezia dalam saingan Serie A.

Ketua pasukan Portugal itu juga beraksi ketika Juve mengalahkan Ferencvaros 4-1 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Portugal akan berdepan Andorra Khamis depan, sebelum menanti kunjungan Perancis untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA pada 15 November dan tiga hari kemudian berkunjung ke Croatia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    />

  • Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 10:25pm
    d