Bola Sepak

Arteta gesa guna VAR

Oleh Agensi

London: Mikel Arteta meminta video bantuan pengadil (VAR) diperkenalkan pada saingan Liga Europa di sebalik Arsenal mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas Molde.

Namun jumlah jaringan itu mungkin lebih besar selepas jaringan Eddie Nketiah dibatalkan kerana ofsaid ketika Molde mendahului 1-0.

Tidak seperti Liga Juara-Juara, VAR tidak digunakan pada saingan peringkat kumpulan di Liga Europa.

"Saya rasa ia sesuatu yang tidak logik ketika kita mempunyai teknologi dan kami percaya sudah tiba masanya untuk mengaplikasikannya," kata Arteta.

"Kami mengadu kepada pengadil kerana diberitahu pemain itu berada di kedudukan yang betul dan situasi seperti ini boleh mengubah rentak permainan.

"Jadi saya rasa ia sesuatu yang perlu dikaji dan kalau boleh dapat dilakukan perubahan."

Buat kali kedua dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan, Gunners terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas selepas Martin Ellingsen meledak gol pertama pelawat.

Selepas gol Nketiah dibatakan, Arsenal menyamakan kedudukan pada hujung babak pertama selepas Kristoffer Haugen melakukan kesilapan menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Gunners di depan selepas pemain gantian Molde, Sheriff Sinyan turut melakukan kesilapan menjaringkan gol ke gawang sendiri minit ke-62.

Nicolas Pepe menyumbang gol ketiga minit ke-69 sebelum Joe Willock melengkapkan kemenangan Arsenal dengan gol keempat minit ke-88.

Disiarkan pada: November 6, 2020 @ 10:10am
d