Bola Sepak

Tour de Yorkshire mangsa Covid-19

Oleh AFP

London: Perlumbaan basikal Tour de Yorkshire tidak akan diadakan pada 2021 berikutan pandemik Covid-19 umum penganjur acara itu hari ini.

Perlumbaan yang kali pertama diadakan pada 2015 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 April hingga 3 Mei depan.

Bagaimanapun, sekalipun tarikh penganjur masih jauh - Welcome to Yorkshire - agensi pelancongan rasmi negara itu - dengan persetujuan Pertubuhan Sukan Amaury (A.S.O) mengambil keputusan membatalkannya kerana kebimbangan mengenai ancaman virus berkenaan.

Ia adalah kali kedua perlumbaan berkenaan tidak dapat dijalankan ketika rancangan semula melaksanakannya pada tahun ini juga terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

"Perkembangan situasi mengenai Covid-19 bermakna acara berkenaan menjadikan ia sukar dilaksanakan," ujar kenyataan bersama dari Welcome to Yorkshire dan A.S.O.

Ketua Pegawai Eksekutif Welcome To Yorkshire, James Mason berkata ia keputusan menyedihkan.

"Ketidakpastian di hadapan kita bermakna ia amat sukar untuk merancang atau memberi komitmen kepada keperluan yang dikehendaki bagi perlumbaan itu," menurutnya dalam satu kenyataan.

"Ia adalah keputusan bersama yang diambil oleh Welcome to Yorkshire dan A.S.O. dan kami akan memberi sepenuh tenaga untuk membawa kembali perlumbaan ini dengan lebih besar dan terbaik pada 2022."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 12, 2020 @ 9:30am
    d