Bola Sepak

Son ditawar gaji RM1.09 juta seminggu

Oleh Agensi

London: Tottenham Hotspur dilaporkan akan memulakan perbincangan lanjutan kontrak dengan Son Heung-min selepas bintang Korea Selatan itu menukar wakilnya.

Spurs dikatakan bersedia menawarkan Son gaji £200,000 (RM1.09 juta) seminggu sekali gus menyaksikannya muncul antara pemain menerima gaji tertinggi di kelab itu.

Ia adalah kenaikan yang agak tinggi berbanding gajinya ketika ini sebanyak £140,000 (RM762,000) seminggu selepas melanjutkan kontrak pada 2018.

Kenaikan itu menyaksikan Son memperoleh gaji setaraf Tanguy Ndombele dan Harry Kane.

Son, 28, dikatakan menjadi sasaran beberapa kelab Eropah dan meskipun Spurs belum menerima sebarang tawaran, kelab itu mahu segera menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Spurs mungkin akan menawarkan kontrak kepadanya sehingga 2026.

The Guardian melaporkan perbincangan berhubung lanjutan kontrak itu akan berjalan lancar selepas Son menukar wakilnya kepada CAA.

CAA pernah mengendalikan urusan komersial membabitkan pengurus, Jose Mourinho dan Dele Alli selain mempunyai hubungan rapat dengan pengurusan Spurs.

Disiarkan pada: November 12, 2020 @ 10:22pm
d