Bola Sepak

Brozovic positif Covid-19

Oleh AFP

Zagreb: Pemain tengah Croatia, Marcelo Brozovic diuji positif Covid-19, sehari menjelang perlawanan pasukan negara itu pada saingan Liga Negara-Negara menentang Sweden, menurut Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS).

"Brozovic pemain Inter Milan dan dimaklumkan oleh ahli perubatan di Sweden mengenai ujian positif itu," menurut kenyataan HNS.

Keputusan positif itu hadir dua hari selepas pemain pertahanan Domagoj Vida dimaklumkan positif ujian Covid-19 dan dia beraksi pada separuh masa pertama dalam perlawanan persahabatan berdepan Turki di Istanbul.

Selain Brozovic, 27, salah seorang kaki tangan pasukan itu turut diuji positif.

Mereka kini menjalani pengasingan daripada rakan sepasukan skuad kebangsaan.

Selepas Sweden, Croatia akan berdepan satu lagi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Portugal pada awal pagi Rabu.

Croatia, naib juara di Piala Dunia 2018, berada pada kedudukan ketiga dalam kumpulan mereka di Liga Negara-Negara yang turut membabitkan Perancis, pasukan yang menewaskan mereka di Piala Dunia, Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo dan Sweden.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 14, 2020 @ 8:09am
    d