Bola Sepak

Range Rover milik Kane dilarikan pencuri

Oleh Agensi

London: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover milik bintang England dan Tottenham Hotspurs, Harry Kane yang bernilai £100,000 (RM544,095) dilarikan pencuri pada siang hari.

Sekumpulan pencuri dipercayai menyasarkan kenderaan itu selepas ia dirakam beberapa kali menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum kenderaan berkenaan dilarikan berdekatan Chingford, Timur London.

CCTV menunjukkan sebuah kereta dipandu melepasi kenderaan mewah Kane beberapa kali bulan lalu.

Penjenayah berkenaan dipercayai menggunakan peralatan elektronik untuk membukanya sebelum melarikan kenderaan itu.

Sumber yang rapat dengan bintang itu berkata: "Harry merasakan ia menjadi sasaran kumpulan pencuri yang memberi fokus terhadap pemain bola sepak. Cara ia dilakukan tidak menunjukkan ia hanya kebetulan."

Kane, 27, adalah pemain ketiga Spurs yang berdepan insiden rompakan sejak kebelakangan ini selepas kejadian pecah masuk kediaman membabitkan rakan sepasukannya, Dele Alli di Utara London dan Jan Vertonghen yang diserang penunggang motosikal bersenjata.

Disiarkan pada: November 14, 2020 @ 10:57am
d