Bola Sepak

Sepanyol terlepas peluang atasi Switzerland

Oleh AFP

Basel, Switzerland: Sergio Ramos gagal menyempurnakan dua penalti ketika Sepanyol memerlukan gol penyamaan lewat permainan Gerard Moreno untuk seri 1-1 menentang Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara pagi ini.

Ramos melakukan penampilan ke-177 buat Sepanyol untuk mencipta sejarah sebagai pemain Eropah dengan penampilan terbanyak, mengatasi Gianluigi Buffon dari Itali yang memiliki 176.

Namun di sebalik tiada sambutan di Basel, ia malam yang perlu dilupakan pertahanan itu apabila menyaksikan satu cubaannya diselamatkan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer namun sekali lagi mendapat peluang yang turut dilepaskan menerusi percubaan ala 'Panenka'.

Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan kaptennya itu selepas perlawanan.

"Jumlah penalti yang dijaringkan Sergio sangat hebat," katanya.

"Jika ada penalti ketiga, dia juga akan mengambil sepakan itu."

Ramos sebelum ini menjaringkan 25 penalti berturut-turut buat Sepanyol namun ia mendatangkan risiko apabila pasukannya kini perlu menewaskan Jerman di Sevilla awal pagi Rabu ini jika mahu mara ke kelompok empat terakhir.

"Kami mahu menang di sini dan pasukan mencuba sehingga penghujung perlawanan," kata Moreno.

Disiarkan pada: November 15, 2020 @ 7:32am
d