Bola Sepak

Mesir atasi Togo

Oleh AFP

Johannesburg: Skuad Mesir yang beraksi tanpa bintang mereka Mohamed Salah, meledak gol menerusi pemain pertahanan Mahmoud el Wensh mengatasi Togo 1-0 di Kaherah dalam kempen kelayakan Piala Negara Afrika 2021.

Penjaring prolifik Liverpool, Salah diuji positif Covid-19 selepas tiba di Kaherah bagi tugas antarabangsa dan ujian berikutnya turut memperoleh keputusan yang sama.

Selain terlepas dua perlawanan berturut-turut menentang Togo, Salah mungkin diketepikan bagi perlawanan kelabnya, berdepan pendahulu Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris dan saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta.

El Wensh - juga dikenali sebagai Mahmoud Hamdy dan Mahmoud Attia - menewaskan penjaga gol, Malcolm Barcola pada minit ke-54 menerusi tandukan selepas Togo gagal mengeluarkan bola berpunca dari sepakan percuma.

Ia memadai untuk memberi Mesir juara tujuh kali Afrika kemenangan pertama dalam Kumpulan F selepas seri berdepan Kenya dan Comoros.

The Pharaohs akan berdepan Togo sekali lagi di Lome Rabu ini sebelum ke Kenya dan melayan kunjungan Comoros bagi perlawanan Mac depan dan pemenang kumpulan dan naib juara layak ke pusingan akhir kejohanan yang berlangsung di Cameroon.

Comoros dan Mesir masing-masing mempunyai lima mata, Kenya tiga dan Togo satu selepas tiga perlawanan dengan lawan yang bersaingan percaya mereka masih mempunyai peluang untuk layak ke peringkat akhir.

Disiarkan pada: November 15, 2020 @ 8:55am
d