Bola Sepak

Neuer cipta sejarah Jerman

Oleh AFP

Berlin: Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer mampu mencipta sejarah awal pagi Rabu ini dengan melakukan penampilan ke-96 di gawang gol Jerman dalam saingan Liga Negara-Negara menentang Sepanyol.

Neuer menyamai rekod penampilan Sepp Maier iaitu 95 kaps bagi penjaga gol Jerman, yang dilakukan pada 1979, ketika kemenangan 3-1 Jerman ke atas Ukraine di Leipzig, semalam.

Dia mampu meneruskan rekod berkenaan apabila Jerman berdepan Sepanyol awal pagi Rabu dalam penentuan peringkat kumpulan saingan Liga Negara-Negara.

"Sudah tiba masanya. Sudah 41 tahun sejak saya mencipta rekod dan mengucapkan tahniah kepadanya," kata Maier, 76, kepada DPA minggu lalu.

Pada usia 34 tahun, Neuer tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bersara.

Disiarkan pada: November 16, 2020 @ 2:31pm
d