Bola Sepak

Ciro Immobile wira Lazio

Oleh AFP

Milan: Ciro Immobile meledak gol selepas kepulangannya dari pengasingan Covid-19 ketika Lazio menewaskan pasukan di tangga tercorot, Crotone 2-0.

Tandukan terbang, Immobile meletakkan Lazio di depan pada minit ke-21 dalam perlawanan yang berlangsung di padang becak selepas hujan lebat di Itali.

Ia adalah jaringan keempat dalam enam perlawanan dalam Serie A musim ini buat penjaring terbanyak kelab itu pada saingan Eropah musim lalu, yang tidak beraksi dua perlawanan liga buat Lazio sebelum ini.

Pemain kebangsaan Itali itu turut terbabit dalam gol kedua, dengan memberi ruang kepada Joaquin Correa menjaringkan gol selepas satu jam perlawanan berlangsung di Calabria.

Pemain Argentina, Correa meledak gol pertama saingan liga musim ini dari sudut sukar mengatasi penjaga gol Crotone, Alex Cordaz.

"Ciro adalah pemimpin, menjaringkan gol yang sangat penting dalam perlawanan sukar," kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi yang menyaksikan pasukan melonjak ke tangga ke tujuh liga.

"Kami mempunyai masalah dengan Covid dan kecederaan. Hari ini kami mempunyai beberapa pemain utama yang terpaksa di ketepikan seperti Sergej Milinkovic-Savic.. pemain yang menggantikan mereka memberikan aksi terbaik.

"Saya gembira buat Correa, dia menjaringkan gol pada Liga Juara-Juara dan hari ini dalam saingan liga."

Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 11:59am
d