Bola Sepak

Calvert Lewin bantu Everton benam Fulham

Oleh AFP

London: Dominic Calvert-Lewin meledak gol 42 saat selepas aksi bermula tatkala Everton menamatkan siri kekalahan dengan menang 3-2 ke atas Fulham.

Calvert Lewin mengekalkan prestasi terbaiknya untuk meletakkan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti di depan seminit selepas perlawanan bermula di Craven Cottage.

Bobby Decordova Reid menyamakan kedudukan buat Fulham namun penyerang England itu meledak lagi gol dan Abdoulaye Doucoure menambah gol ketiga Everton sebelum separuh masa pertama berakhir.

Ruben Loftus Cheek mengurangkan defisit pada separuh masa kedua namun Everton berjaya mencatat kemenangan buat kali pertama dalam lima aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 10:11pm
d