Bola Sepak

Wilfried Zaha positif Covid-19

Oleh AFP

London: Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson mendedahkan penyerang Ivory Coast, Wilfried Zaha menjalani pengasingan diri selepas diuji positif Covid-19.

Zaha terlepas aksi bersama skuad Palace bagi perlawanan Liga Perdana di Burnley hari ini berikutan penyakit itu.

"Dia diuji positif Covid-19 jadi dia kini menjalani pengasingan diri dan sedang menunggu keputusan ujian seterusnya," kata Hodgson.

"Dia tidak berasa sakit, tetapi ujian itu menunjukkan dia positif dan dia mengikuti langkah-langkah ditetapkan."

Ketiadaan Zaha memberi tamparan kepada Palace selepas penampilan baiknya musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan lima gol dan dua kali membantu menghasilkan gerakan jaringan buat pasukan kendalian Hodgson.

Dia dijangka membuat penampilan ke 200 dalam Liga Perdana pada perlawanan menentang Burnley namun terpaksa diketepikan sementara kerana menjalani kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 8:02am
    d