Bola Sepak

England dijangka benarkan penonton ke stadium

Oleh AFP

London: Kelab Liga Perdana boleh merancang sesuatu dengan mengalu-alukan kehadiran semula penonton dalam jumlah sangat terhad bulan depan buat pertama kali sejak Mac, susulan pengumuman kerajaan Britain hari ini.

Lebih 4,000 orang boleh kembali ke stadium selepas England menyifatkan keadaan kurang risiko dari Covid-19 bermula 2 Disember ini.

Kerajaan bersetuju membenarkan semula kehadiran penonton di acara bola sepak, ragbi dan gelanggang perlumbaan membabitkan sukan lain mengikut syarat ditetapkan selain mengambil langkah protokol kesihatan yang ketat.

Penganjur Liga Perdana mengalu-alukan langkah itu, sementara menantikan kehadiran kembali penonton dalam jumlah yang lebih ramai dijangka dapat memulihkan semula masalah kewangan dalam sukan itu.

"Peminat sangat rindukan perlawanan Liga Perdana dan begitupun kami mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri hari ini mengenai membenarkan kembali kehadiran penonton buat pertama kali sejak Mac lalu, dengan jumlah tertentu," dalam satu kenyataan.

"Impian kami adalah untuk kekal berkerja sama dengan kerajaan dalam mengurangkan kehadiran pada tahap yang dibenarkan.

Sehingga perkara ini dapat dilaksanakan, kebanyakan peminat akan dapat menghadiri perlawanan dan kelab akan meneruskan perlawanan untuk menampung kembali kewangan.

"Kelab Liga Perdana sudah membuktikan rekod pencapaian baik dengan kawalan kesihatan dan keselamatan yang ketat dan kami percaya mampu melakukan peranan baik dalam membantu usaha kerajaan mengambil langkah percubaan ini.

"Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan dengan langkah seterusnya."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 9:22am
    d