Bola Sepak

Ronaldo tak terima layanan istimewa - Pirlo

Oleh Agensi

Milan: Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menegaskan Cristiano Ronaldo tidak menerima sebarang layanan istimewa dalam pasukan gergasi Serie A Itali itu.

Ronaldo bermula baik musim ini dengan menjaringkan lapan gol buat Juve daripada enam penampilan.

Jaringan berganda yang dilakukannya ketika Juve menewaskan Cagliari 2-0 pada Sabtu lalu dan menyaksikan Ronaldo meledak 29 gol daripada 59 jaringan Juve dalam Serie A sepanjang 2020.

Menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ferencvaros awal pagi esok, Pirlo yang bercakap mengenai Ronaldo berkata pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or itu menerima layanan yang sama seperti pemain lain.

"Saya masih belum mencabarnya (Ronaldo) dalam gerakan set piece.

"Saya melayannya sama seperti pemain lain. Saya sentiasa ada di dalam atau di luar padang," katanya.

Menjelang perlawanan menentang Ferecvaros, Juventus di tangga kedua Kumpulan G dengan tiga mata di belakang Barcelona.

Disiarkan pada: November 24, 2020 @ 12:33pm
d