Bola Sepak

Morata wira Juventus

Oleh AFP

Turin, Itali: Alvaro Morata menegaskan dia 'beruntung' berjaya mencetak gol pada minit terakhir dengan Cristiano Ronaldo meletakkan nama sebagai penjaring untuk membantu Juventus mara ke kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas menang 2-1 ke atas Ferencvaros semalam.

Myrto Uzuni memberi kejutan apabila meletakkan pasukan dari Hungary itu mendahului minit ke-19 dalam pertembungan Kumpulan G di Turin.

Namun Ronaldo berjaya menjaringkan gol penyamaan minit ke-35, gol pertamanya dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini dan yang 131 untuk keseluruhan gol dalam saingan itu.

Morata yang dimasukkan dari bangku simpanan memastikan kemenangan dua minit sebelum waktu kecederaan dan gol kelimanya musim ini.

"Hari ini saya fikir saya bernasib baik kerana menjaringkan gol tapi tidak semua ingat ia adalah bernasib baik, setiap orang akan ingin gol ini, itu yang penting.

"Ia satu perlawanan yang sukar, begitulah saingan di Liga Juara-Juara sekarang."

Andrea Pirlo mencapai objektif sebagai jurulatih Juventus selepas mengambil alih daripada Maurizio Sarri, pengendali dari Itali itu gagal membawa pasukan itu mara ke saingan 16 terbaik apabila tewas kepada Lyon musim lalu.

"Matlamat kami adalah untuk memulakan pertandingan ini dengan semangat berbeza namun apabila anda bermain permainan yang nampak sederhana ini, anda akan berdepan kesukaran," kata Pirlo.

"Permainan kami terlalu perlahan. Kami tidak berusaha keras selepas banyak perlawanan, ia adalah normal untuk tidak mempunyai intensiti yang sama.

"Pemain bermain dengan bijak dan cuba untuk menang hingga ke penamat. Kami mendapat hasilnya dan itu yang penting."

Disiarkan pada: November 25, 2020 @ 9:01am
d