Bola Sepak

Kematian Maradona didakwa kerana ambulans lambat tiba

Oleh Agensi

Buenos Aires: Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang Argentina itu di saat akhir kematiannya.

Dakwa Matias Morla, ambulans mengambil masa 30 minit untuk tiba di kediaman bintang berusia 60 tahun itu.

Morla menerusi satu kenyataan semalam menyifatkan ia sebagai 'kebodohan jenayah' yang dilakukan ketika prosedur rawatan terhadap Maradona.

"Saya merasai di dalam hati pemergian seorang rakan yang amat saya hormati dan setia kepada persahabatan ini sehingga hari-hari terakhirnya.

"Saya tidak faham mengapa selama 12 jam rakan saya tidak mendapat perhatian atau penyeliaan dari petugas kesihatan yang sah.

"Ambulans mengambil masa setengah jam untuk tiba yang mana ia adalah 'kebodohan jenayah'.

"Fakta ini seharusnya tidak terlepas pandang dan saya akan meminta siasatan menyeluruh dilakukan akibat daripada kecuaian ini.

"Seperti yang Diego sering katakan, 'anda adalah askar saya, bertindak tanpa belas kasihan'," katanya.

Disiarkan pada: November 27, 2020 @ 12:00pm
d