Bola Sepak

Man United tanpa Pogba

Oleh Agensi

London: Manchester United dijangka tidak dapat menggunakan khidmat Paul Pogba dan Scott McTominay pada aksi Liga Perdana bertemu Southampton esok.

Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan kedua-dua pemain tengah itu tidak dapat menjalani latihan dan kemungkinan tidak dapat beraksi apabila bertemu Southampton.

Ketika Marcus Rashford, Victor Lindelof dan Aaron Wan-Bissaka masih belum cergas 100 peratus, kesemua mereka bagaimanapun dijangka dapat diturunkan esok.

"Scott and Paul tidak turun berlatih. Agak sukar (diturunkan) pada minggu ini.

"Marcus, Victor, Aaron seharusnya sudah berada dalam keadaan baik tetapi tidak 100 peratus.

"Luke (Shaw) sudah memulakan latihan tetapi tidak bersama skuad. Selain daripada itu, Phil Jones tidak dapat beraksi sehingga perayaan Krismas," kata Solskjaer.

Solsksjaer mengesahkan keceraan buku lali yang dialami Pogba tidak berkaitan dengan kecederaan dialaminya pada musim 2019-20 yang menyaksikannya perlu menjalani pembedahan.

Skuad bimbingan Solskjaer akan berkunjung ke Southampton dalam usaha melakar kemenangan keempat berturut-turut disemua pertandingan.

Disiarkan pada: November 28, 2020 @ 11:17am
d