Bola Sepak

Ferguson bergabung dengan Rashford

Oleh AFP

London: Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson akan bergabung dengan Marcus Rashford untuk mengatasi masalah kebuluran makanan kanak-kanak.

Penyerang United, Rashford dianugerahkan MBE di atas kempen yang dilakukan sehingga menyebabkan kerajaan menukar fikiran tidak memotong bantuan makanan sekolah percuma kepada kanak-kanak ketika cuti sekolah.

Sekarang pemain berusia 23 tahun itu berkata, Ferguson bersedia untuk menyumbang £2 juta (RM10.8 juta) ke dalam yayasan FareShare di mana Rashford menjadi duta.

Ferguson, 78, membesar di Glasgow dalam hidup susah dan percaya Rashford melakukan tugas yang cemerlang dalam membantu keluarga susah di seluruh Britain.

"Anda tentu terkejut dengan jumlah rakyat yang memerlukan makanan. Marcus membuka mata semua orang di Britain. Tugas ini sudah dijalankan dan berlangsung dengan baik sekali, saya sangat bangga dengannya," kata Ferguson.

Disiarkan pada: November 28, 2020 @ 10:01pm
d