Bola Sepak

VAR kecewakan Liverpool lagi

Oleh AFP

Brighton: Liverpool dikecewakan dengan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) tatkala sepakan penalti kontroversi Pascal Gross menyelamatkan Brighton untuk mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Amex sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp mendahului perlawanan melalui jaringan Diogo Jota pada separuh masa kedua selepas penyerang Brighton, Neal Maupay gagal menyempurnakan penalti di separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Liverpool dikejutkan dengan jaringan di masa kecederaan apabila tentangan yang dilakukan Andrew Robertson ke atas Danny Welbeck membolehkan Brighton dihadiahkan sepakan penalti selepas Stuart Attwell mengubah keputusannya.

Gross menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Klopp mengejek pengadil dengan memberikan tepukan selepas perlawanan tamat.

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool mengakhiri minggu ini dengan penuh kekecewaan selepas kalah mengejut di laman sendiri kepada Atalanta dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Disiarkan pada: November 28, 2020 @ 11:05pm
d