Bola Sepak

Sepatutnya Messi sudah dijual - Tusquets

Oleh AFP

Barcelona: Presiden sementara Barcelona, Carles Tusquets berkata hari ini beliau sepatutnya sudah menjual bintang Argentine, Lionel Messi pada musim panas lalu.

Messi cuba meninggalkan Barcelona musim panas lalu sebelum mengalah.

Dia kini boleh berbincang dengan kelab lain pada Januari dan meninggalkan kelabnya secara percuma apabila kontraknya tamat pada Jun dengan Manchester City dijangka akan kembali memancing pemain berusia 33 tahun itu untuk keluar dari Camp Nou.

"Daripada sudut pandangan ekonomi, saya boleh menjual Messi musim panas lalu. Dalam aspek ekonomi ia diperlukan," kata Tusquets kepada radio Catalan, Rac1.

"La Liga memperkenalkan gaji siling dan itu membantu kami," kata Tusquets apabila ditanya mengenai potensi perpindahan yang mungkin ditawarkan.

Tusquets, yang memegang jawatan itu selepas peletakan jawatan Josep Maria Bartomeu pada Oktober, menolak kemungkinan kembalinya Neymar ke Barcelona dari Paris Saint-Germain.

"Jika dia datang sebagai pemain bebas, itu akan menjadi, tapi jika kami tidak menjual pemain, kami tidak boleh membeli pemain baharu. Ia tidak mungkin, kecuali presiden seterusnya (yang akan dilantik pada 24 Januari) ada keajaiban dalam tangannya," kata Tusquets. - AFP

Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 8:56am
d