Bola Sepak

Harimau Malaya 'salin kulit' [VIDEO]

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya meraih tonik baharu menjelang tugasan penting di peringkat antarabangsa musim depan apabila pengeluar jenama sukan terkenal dunia, Nike Malaysia melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan hari ini.

Selepas kali terakhir skuad Harimau Malaya 'salin kulit' pada Mei 2018 lalu, pasukan negara bakal tampil lebih bergaya pada Kelayakan Piala dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac selain mengharungi kempen Piala AFF, April nanti.

Mengekalkan warna tradisi kuning dan hitam, rekaan kali ini dilihat lebih ikonik dan moden daripada sebelumnya.

Reka bentuk jersi utama pasukan menampilkan warna kuning sebagai warna yang dominan sambil mempunyai kolar di leher jersi serta kembalinya lengan yang berwarna hitam yang tidak ada pada edisi lalu.

Manakala jersi 'away' atau tempat lawan pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang cukup menawan, sekali gus kedua-dua jersi keramat ini akan di sarung oleh pemain-pemain di pentas antarabangsa.

Jersi baharu pasukan kebangsaan itu berharga RM299 dan boleh didapati di premis Nike terpilih serta boleh melayari secara online di Nike.com mulai hari ini.

Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 12:59pm
d