Bola Sepak

Solskjaer terus gembira di tempat lawan

Oleh AFP

London: Manchester United mempamerkan kebangkitan untuk mengalahkan West Ham 3-1 dan berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mereka menyambut kembali kehadiran penonton buat kali pertama selepas sembilan bulan.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu ketinggalan di Stadium London namun tiga gol melalui Paul Pogba, Mason Greenwood dan Marcus Rashford mengubah kembali kedudukan.

United, yang mencatat sembilan kemenangan berturut-turut liga di tempat lawan, sekarang ini berada di tangga keempat liga, satu mata mengatasi Manchester City, yang sebelum itu menumpaskan Fulham 2-0.

United , yang meletakkan Bruno Fernandes dan Rasford di bangku simpanan, ketinggalan pada separuh masa pertama hasil jaringan Tomas Soucek tujuh minit sebelum rehat.

West Ham, yang dibantu dengan kehadiran 2,000 peminat di stadium yang mempunyai kapasiti 60,000 itu, mampu untuk menambah jaringan namun melepaskan peluang.

Solskjaer memasukkan Rashford dan Fernandes pada permulaan separuh masa kedua dan United berjaya membuatkan The Hammers terpaksa bergelut.

Pogba menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil rembatan cantik dan seminit United mendahului hasil kawalan dan sepakan kencang dalam petak penalti.

Rashford mengesahkan kemenangan United selepas menjaringkan gol ketiga 12 minit sebelum perlawanan tamat.

United tidak pernah tewas dalam kesemua lima perlawanan EPL di tempat lawan musim ini dan kesemuanya berakhir dengan kemenangan.

"Sudah tentu anda akan berasa gembira, gembira dengan prestasi di tempat lawan. Saya rasa persembahan di gelanggang sendiri sederhana, kami menjadi lebih konsisten dan mengawalnya dengan baik dalam perlawanan seperti ini.

"Apabila anda ketinggalan 0-1, 0-2 pemain saya masih percayakan diri sendiri dan perwatakan itu sangat penting. Pada di hujung saingan anda tidak akan kisah mengenai prestasi lagi," katanya.

Disiarkan pada: December 6, 2020 @ 9:23am
d