Bola Sepak

Elok main PlayStation je la Ozil...

Oleh Agensi

London: Piers Morgan meneruskan perang mulut dengan Mesut Ozil dengan terbaharu di rancangan Good Morning Britain.

Pengacara televisyen itu mengkritik Ozil yang gagal mendapat tempat beraksi di Arsenal dengan berkata peluang paling hampir untuk melihat bintang Jerman itu beraksi adalah di konsol PlayStation.

Pemain yang memperoleh gaji £350,000 (RM1.9 juta) seminggu itu, tidak pernah beraksi untuk Arsenal sejak 7 Mac lalu selepas namanya tidak berada dalam senarai untuk kempen Liga Perdana dan Liga Europa.

Morgan menggunakan platform rancangan di sebelah pagi itu untuk mengkritik Ozil.

"Saya mahu mengucapkan selamat pagi kepada Mesut Ozil yang 'troll' saya semalaman.

"Saya beritahu dia dibayar dengan sangat tinggi, kurang bekerja dan di bawah prestasi sebenar. Saya menulisnya di Twitter.

"Ozil kemudian membalasnya. Sudah tentulah kerana tiada apa yang hendak dilakukannya sebab tidak beraksi.

"Daripada seorang pemain bergelar juara dunia kini hanya berpeluang bermain di PlayStation dan kemudian 'troll' penyokong Arsenal di Twitter.

"Anda tidak mendapat tempat dalam skuad Arsenal dan sekarang anda menyerang saya di Twitter. Sekurang-kurangnya saya bekerja, tidak seperti anda," katanya.

Disiarkan pada: December 8, 2020 @ 10:13pm
d