Bola Sepak

Arsenal mampu bangkit

Oleh Agensi

London: Bos Arsenal, Mikel Arteta yakin skuad kendaliannya mampu bangkit daripada aksi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris bermula perlawanan berdepan Burnley awal pagi Isnin ini.

Skuad The Gunners hanya menang dua daripada tujuh perlawanan Liga Perdana terakhir dan kalah tiga daripada empat perlawanan sebelum ini.

Tewas kepada seteru London, Tottenham, 0-2 Isnin lalu menerusi jaringan Son Heung-min dan Harry Kane untuk meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho menerajui liga minggu ini.

Arsenal akan berdepan enam perlawanan dalam kesemua kejohanan sepanjang tempoh 17 hari, termasuk suku akhir Piala Liga menentang bekas pasukan Arteta, Manchester City, menjelang sambutan Hari Natal.

Skuad kendalian Arteta akan menerima kunjungan Burnley di Stadium Emirates berbekalkan modal tinggi selepas mencatat kemenangan ke atas Dundalk, 4-2 pada saingan Liga Europa pagi ini.

Wakil Inggeris itu menang semua aksi peringkat kumpulan dan mencipta rekod sebagai pasukan tunggal merekodkan kemenangan 100 peratus sama ada dalam Liga Europa.

"Saya tidak pernah ragu mengenai bagaimana pemain akan memberikan maklum balas. Bagaimana kerasnya kami berusaha mencuba dan bagaimana setiap orang mencuba untuk menyokong pasukan ini.

"Kami perlu membuktikannya dan mendapatkan tiga mata," kata Arteta.

Disiarkan pada: December 11, 2020 @ 2:21pm
d