Bola Sepak

Everton rugi RM749j

Oleh AFP

London: Everton mengumumkan rekod kerugian £139.9 juta (RM749 juta) selepas implikasi pandemik Covid-19 memberi kesan besar terhadap pendapatan kelab itu.

The Toffees berkata kesan daripada Covid-19 menyebabkan jumlah kerugian yang tidak dijangka sekitar £67.3 juta (RM360 juta) berikutan tiada hasil hari perlawanan dan rebat televisyen.

Bagaimanapun, Everton turut mengalami kerugian besar tanpa gangguan daripada pandemik selepas mencatat rekod kerugian £111.8 juta (RM599 juta) tahun lalu.

Kelab itu membelanjakan £113 juta (RM605 juta) bagi pemain baharu untuk musim 2019/20 dan melaburkan £70 juta (RM375 juta) lagi dalam jendela perpindahan terbaharu begitu juga pengambilan Carlo Ancelotti sebagai pengurus dengan tawaran kontrak lumayan empat tahun setengah pada Disember 2019.

Pemecatan bekas pengurus Marco Silva dan staf kejurulatihannya tahun lalu membabitkan £6.6 juta (RM35.36 juta) kos pampasan, sementara £20 juta (RM107 juta) lagi dibelanjakan untuk persiapan stadium baharu.

Ketua Eksekutif Everton, Denise Barrett-Baxendale berkata: "Kesan yang diterima daripada Covid-19 cukup mendalam, luas dan memberi kesan material pada perbelanjaan kami."

Disiarkan pada: December 12, 2020 @ 8:30am
d