Bola Sepak

Real Madrid calar rekod Atletico

Oleh AFP

Madrid: Real Madrid menghidupkan kembali usaha mengejar gelaran La Liga apabila mengalahkan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.

Real berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir pertengahan minggu lalu, kini berada di tangga ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.

Malam mengecewakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang mengharungi 26 perlawanan tanpa kalah dalam liga sejak Februari.

Ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri.

"Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik," kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.

"Ada kritikan yang membuatkan kami kecewa, tapi ada juga yang membuatkan kami menjadi lebih kuat."

"Kami bersaing dengan sangat baik sejak minit pertama hingga penamat, kami mesti berpuas hati semuanya berjaya diselesaikan."

Real di depan selepas 15 minit permainan menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak.

Disiarkan pada: December 13, 2020 @ 8:53am
d