Bola Sepak

Arsenal perlu bangkit - Arteta

Oleh Agensi

London: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berharap keputusan seri yang dilakarkan ketika bertemu Southampton akan menjadi detik permulaan untuk pemilihan pasukannya selepas mengakhirkan tiga kekalahan sebelum ini dalam saingan Liga Perdana biarpun terpaksa bermain dengan 10 orang.

Theo Walcott membuka jaringan buat pasukan Southampton untuk mendahului bekas kelabnya selepas berjaya melepasi kawalan Bernd Leno.

Namun Pierre-Emerick Aubame mengatur serangan bijak selepas rehat untuk mengakhiri 797 minit dalam saingan Liga Perdana tanpa sebarang gol.

Namun disiplin yang buruk dipamerkan oleh Gunners menghukum mereka sekali lagi apabila Gabriel diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dalam tempoh empat minit.

Percubaan pemain gantian Nathan Redmond terkena palang gol menjadi penghalang Southampton menguasai carta liga.

Pelawat cuba memberi tekanan dengan percubaan Rob Holding turut menggegar palang gol.

"Kami mempamerkan daya tahan dan watak untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama menentang pasukan yang sangat berbahaya.

"Kami kembali selepas mencetak gol dan membuktikan betapa kami mahukannya," kata Arteta.

Skuad Gunners bermula dengan kekalahan 3-0 di tangan Aston Villa sebelum seri 0-0 di Leeds.

Mereka kemudian tewas 2-1 di tangan Wolves diikuti kekalahan 2-0 di tangan tetangga, Spurs.

Burnley menjadi pasukan terbaharu menewaskan Arsenal 1-0 awal pagi Isnin lalu.

Disiarkan pada: December 17, 2020 @ 10:23am
d