Bola Sepak

Villa persiakan peluang

Birmingham: Aston Villa mensia-siakan deretan peluang apabila hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Tuan rumah menguasai perlawanan walaupun tidak berada pada prestasi terbaik mereka tetapi gagal memecah kebuntuan, sebaliknya 'The Clarets', berjaya keluar dari zon penyingkiran di atas keputusan berkenaan.

Percubaan Anwar El Ghazi dan Kortney Hause terkena tiang, manakala Matt Lowton pula menyelamatkan percubaan Ahmed Elmohamady di atas garisan gol.

Burnley kendalian Sean Dyche pula kini belum tewas dalam tiga perlawanan selepas mengharungi cabaran sukar menentang Everton, Arsenal dan Villa.

Villa yang dikendali Dean Smith kekal di tangga ke-11, empat mata di belakang pasukan tempat kelima selepas gagal memanfaatkan 27 percubaan berbanding enam oleh Burnley.

Bagaimanapun, mereka bermain kurang dua perlawanan berbanding kebanyakan pasukan dalam kelompok 10 teratas.

Disiarkan pada: December 18, 2020 @ 9:24am
d