Bola Sepak

Arteta merayu

Oleh AFP

London: Mikel Arteta berharap pengurusan tertinggi Arsenal menerima pandangan Pep Guardiola yang mempertahankannya walaupun mereka kalah 1-4 kepada Manchester City dalam di suku akhir Piala Liga semalam.

Arsenal berada dalam keadaan krisis selepas menduduki tempat ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tumpas lima daripada tujuh perlawanan terakhir sekali gus mencatatkan permulaan terburuk sejak 1974-75.

Mereka hanya empat mata berada di atas zon penyingkiran tatkala kali terakhir mereka tersingkir dalam saingan tertinggi itu pada 1912-13, apabila ketika itu kelab berkenaan dikenali sebagai Woolwich Arsenal dengan menduduki tangga terakhir liga.

Keadaan akan menjadi bertambah sukar apabila selepas ini mereka berdepan seteru setempat London, Chelsea.

"Kami harus mengubahnya. Jika tidak, kami berada dalam masalah besar. Ini adalah masanya menentukan di mana kedudukan kami selepas tamat saingan," kata Arteta.

Arteta sudah setahun lebih mengambil alih tempat rakan senegara Unai Emery dan dikagumi ketika menjadi pembantu kepada Guardiola selama tiga tahun.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 12:26am
d